Aminah seorang budak perempuan yang malas dan tibak tumpukan perhatian di dalam kelas...
Setiap kali masuk kelas dia mesti tidur dan macam bilik tidur dia buat kelas tu...
Satu hari semasa kelas agama Aminah pun macam biasa lah tidur...
Nak dijadikan cerita ustazah dia pun tanya lah soalan...
'Siapakah yang kita perlu hormati dan kita sayangi dalam keluarga kita?'
Tiada jawapan...Pada masa yang sama pelajar yang duduk di belakang Aminah merancang untuk mengenakan Aminah yang lena dibuai mimpi...Dia pun apa lagi cucuk bontot Aminah dengan sebatang jarum...Aminah apa lagi menggelupur dan menjerit maaakkkk!!!!...
Ustazah pun memuji Aminah kerana menjawab soalan dengan betul...
Aminah sambung balik tidur...
Ustazah tanya lagi...
"Siapa yang menciptakan alam ini dan segal isinya?"
Sekali lagi pelajar yang di belakang Aminah mencucuk jarum pada bontot Aminah...
"Allah"
Sekali lagi ustazah memuji Aminah...
Aminah sambung tidur lagi...
Ustazah pun bertanya soalan lagi...
"Apakah yang patut seorang isteri ucapkan pada suami sebelum tidur?"
Pelajar dibelakang Aminah cucuk lagi...
Kali ini Aminah sudah tidak boleh sabar lagi...
Dia bangun lalu menjerit sekuat hati...
"Kau cucuk bontot aku pakai benda itu lagi siap kau!!!"
Ustazah terus pengsan...