Jom Terjah!!!

Sunday, May 15, 2011

Peristiwa 15 Mei

Tahukah anda semua bahawa sesungguhnya tanggal 15 Mei adalah satu tanggal yang perlu dikenang oleh umat Islam khasnya dan kepada pecinta keamanan dunia amnya...
Tanggal 15 Mei ini juga perlulah dijadikkan ikthibar kepada kita umat Islam...

Bagi sesiapa yang sudah mengetahui apakah peristiwa yang terjadi pada 15 Mei MuH ucapkan tahniah kerana anda adalah seorang yang sangat mengambil berat tentang kesusahan saudara kita...Kepada yang belum mengetahui pula MuH akan menceritakan tentangnya sebentar lagi...

Pada bulan ini terjadi satu lipatan sejarah di bumi Palestin...
Pembunuhan demi pembunuhan dilakukan oleh Zioniske atas penduduk Palestin akhirnya meyebabkan bumi yang mereka cintai jatuh ke tangan Israel dengan secara rasminya pada tahun 1958...Umat Islam di Palestin dijadikan bahan uji kaji senjata yang dicipta Zionis dan Amerika Syarikat...Apakah yang sedang dilakukan oleh negara-negara Islam si seluruh dunia sekarang???Di mana peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Organisation of the Islamic Conference (OIC)???Adakah mereka hanya melafazkan "Oh...I See"


14 Mei 1948

Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Israel selepas turunya bendera Union Jack...
Mereka membunuh 50 orang penduduk Kampung Abu Syasyah...
Sebahagian ditembak mati sebahagian lagi dikapak di kepala...
KEJAM!!!


15 Mei 1948

Hari ini genaplah usia 63 tahun penduduk Palestin ditakluk oleh Israel...
Betapa malunya kita sebagai umat Islam hari ini degan kelengkapan senjata moden masih tidak terdaya untuk membebaskan bumi Palestin malah kiblat pertama umat Islam Masjidil Al-Aqsa
juga dikuasi oleh Rejim Zionis...


Kalau dilihat dari logik akal negara Israel dikelilingi oleh negara Islam yang kaya dengan hasil minyak dan mempunyai kecanggihan senjata moden seperti Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Syira, Lubnan, Bahrin, Oman dan Yaman...Sepatutnya pada tahun 1948 lagi masyarakat Arab boleh mengelakkan Israel mencerobohi Palestin...Tapi sayang seribu kali sayang pekara itu tidak berlaku...Hal ini kerana, para pemimpin Arab hanya banyak menganjurkan persidangan menjaga kepentingan mereka daripada memikirkan keselamatan rakyat Palestin...

Imam Syahid Hasan al-Banna pengasas Persatuan Ikhwan Muslimin pernah megemukan pandangan kepada Perdana Menteri Mesir pada masa itu, Noqrashi Basha agar membantu rakyat Palestin dengan menghantar pasukan tentera ke Palestin bagi menghadapi segala kemungkinan agar kuasa asing tidak bertapak di bumi Palestin...Pandangan itu bukan bertujuan untuk membangkitkan isu kebangsaan tetapi kebimbangan pengaruh bukan Islam akan masuk ke dalam negara-negara yang dihuni oleh masyarakat Arab...

Noqrashi menolak pandangan Imam Hasan dan turut mengharamkan segala aktiviti Ikhwan Muslimin...Walaubagaimanapun Imam Hasan tidak berputus asa...
dan mengerahkan pejuang jihad Ikhwan Muslimin supaya pergi ke Palestin untuk membantu rakyat Palestin...Tentera yang dihantar itu ada yang mati syahid dan ada yang sempat pulang ke Mesir dengan pelbagai kesusahan yang perlu ditempuh...

Kejatuhan Palestin ke tangan Israel disifatkan oleh Imam Hasan sebagai satu kesilapan dan pengkhianatan besar ke atas rakyat Palestin yang beragama Islam...
Tidak lama selepas kejatuan Palestin pada 12 Februari 1949 ditembak mati secara misteri
sehinggakan ahli keluarganya juga tidak tahu di mana jenazahnya dikuburkan sehingga hari ini...
AL-FATHIHAH...