Jom Terjah!!!

Tuesday, May 10, 2011

Skandal Dengan Awek Kawan


Di sini MuH ingin berpesan kepada korang semua samada lelaki mahupun perempuan...
Begini bunyi pesanannya 'janganlah anda mengacau atau pun bermesra dengan teman lelaki/perempuan orang lain terutamanya KAWAN anda sendiri kerana buruk padahnya'...
Wah!!! Macam tak kena sahaja cara MuH nasihat korang semua...
Tak kisahlah apa yang lebih penting korang dapat apa yang MuH cuba sampaikan...
Kalau tak dapat juga MuH minta maaf kerana gagal meyampaikan pesanan yang penting ini...
I'm Sorry...

Begini cerita sebenarnya...MuH baru sahaja membaca satu artikel surat khabar yang menceritakan tentang satu pembunuhan kejam yang berlaku di Subang Jaya atau lebih tepat lagi di Ladasan Kereta Api Batu 3 (KTM)...Mangsa mati akibat ditikam di dada (COD) selain itu mangsa turut ditetak di pipi kiri dan juga di kelar di leher...Kejam sungguh!!!


Apa yang meyebabkan mangsa dibunuh sebegitu kejam???
Hal ini kerana, mangsa membawa keluar kekasih kawannya bersiar-siar di ibu kota beberapa jam sebelum kejadian...Sebab itu lah MuH memberikan korang semua pesanan terlebih dahulu...
Zaman sekarang ini macam-macam orang akan lakukan sekiranya pasangannya cuba dirampas oleh orang lain...Hati kalau dah 'panas' memang dah tak kenal kawan dah...Tak kira lah kalau korang ingatkan dekat tentang budi korang terhadap kawan korang tu...Kalau dia dah berang dan nekad nak bunuh korang memang itulah yang korang dapat...Sehubungan itu, sekali lagi MuH berpesan jangan cuba untuk rampas kekasih orang lain terutamanya kawan-kawan korang sendiri...Kalau yang dah buat tu hentikanlah dengan segera...Carilah orang lain...Bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor...
(^__^)