Semalam MuH tak sempat nak update blog kerana terlalu gembira...
Mula-mula pukul 12 MuH buka laman web Kementerian Pelajaran...
Hat, jatung dan paru-paru dah dup-dap (hahaha) MuH agak takut juga masa buka tu...
Tapi lepas je MuH buka MuH dapat ini...
Pada masa tu MuH amat gembira sekali...
Terlompat-lompat dan MuH terus telefon abah...
MuH gembira sangat-sangat dan mak dan abah pun macam tu juga...
Abah cakap tu hadiah hari ibu untuk mak...
Lepas itu pula lebih kurang pukul 4 petang...
MuH buka lagi laman web Kementerian Pelajaran untuk muat turun borang-borang...
Lapas MuH selesai muat turun borang-borang tu...
MuH pun buka laman web Nuffnang...
Dan MuH gembira lagi sekali sebab MuH dapat pendapatan terumpuk...
Kali ini MuH dapat pendapatan terumpuk dari Cadbury Munchabytes...
Terima Kasih Nuffnang dan Cadbury kerana menjadikan hari MuH bertambah gembira...
Apa yang paling penting MuH amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana limpah kurnia-Nya...
Semua ini datang dari-Nya...
Alhamdulilah syukur...