Jom Terjah!!!

Sunday, April 17, 2011

Bunian- Part 2

Hari ini aku nak sambung cerita fasal bunian...
Bagi sesiapa tak baca lagi Bunian- Part 1 klik di sini....
Okey kali ini aku nak kongsi pengalaman orang yang pernah bertemu dengan bunian...
Tapi ini semua pengalaman orang....
Aku belum penah berjumpa lagi...hehehe

Kes 1

Kes ini berlaku di Kota Tinggi, Johor...
Dua orang pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika malam hampir menjelma. Operasi mencari dijalankan tetapi operasi tersebut gagal. Ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda tersebut sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda tersebut semakin kurang dibualkan oleh penduduk kampung. Tiba-tiba setelah hampir setahun pemuda tersebut kembali ke rumah keluarnya dan membawa isteri dan seorang anak. Pemuda tersebut meneritakan semuanya kepada keluarganya. Dia menyatakan bahawa ketika dia tersesat di dalam hutan dia cuba mencari jalan keluar dan dia terjumpa sebuah rumah. Selepas semalaman berehat di rumah tersebut dia meminta izin untuk pulang tetapi tidak dibenarkan oleh tuan rumah tersebut. Bukan itu sahaja, tuan rumah itu juga menyuruh dia berkahwin dengan anak perempuannya. Setelah setahun barulah dia dibenarkan untuk berjumpa dengan keluarga. Bukan itu sahaja, dia juga diberikan pilihan samada untuk terus tinggal di alam bunian ataupun sebaliknya. Pemuda itu memilih untuk terus tinggal di alam bunian.

Kes 2

Kes ini berlaku pada tahun-tahun akhir jemaah haji menggunakkan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin ditempatkan tiga lelaki dan mereka berkawan. Setelah tamat ibadat haji dan dalam perjalan pulang ke tanah air mereka telah bertukar-tukar alamat. Salah seorang daripada mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan untuk melawat rakannya di Muar, Johor. Setibanya di Muar dia menunjukkan alamat rumah kawannya itu kepada pemandu teksi. Setibanya di situ  dia mendapati tiada penempatan di situ. Tetapi setelah dia berjalan ke dalam sedekit dia menjumpai sebuah kampung dan apabila dia menaiki tangga rumah kawannya dia telah ditolak oleh seseorang dan meyebabkan dia jatuh. sebaik sahaja dia jatuh dia mendapati kampung tersebut telah ghaib dan apa yang ada hanya lah kawasan belukar.

Kes 3 

Kes ini sedikit menyedihkan kerana ia mengenai seorang gadis yang digangu bunian. Ceritanya bermula apabila seorang pemuda menemui gadis ini dan mengugut supaya gadis tersebut berkahwin denganya. Sekiranya gadis itu tidak menuruti maka dia akan terkena penyakit misteri. Akibat takut gadis tersebut bersetuju. Akan tetapi gadis itu telah membatalkan rawatan untuk menghilangkan ganguan tersebut. Selepas itu dia dipercayai hilang dan tiada khabar berita dari nya lagi...

Aku rasa cukup la dengan tiga kes...
Kalau korang ada kes mengenai bunian yang nak dikongsikan bersama korang tulis je...
(^_^)