Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang ini...
Gara-gara buah kelur isteri yang mengandung 4 bulan dibelasah suami...
Tapi apa itu buah kelur???
Aku pun tak penah jumpa...
Tapi aku google untuk kalian semua...
Macam ini la rupa buah kelur tuu...
Rasa dia aku pun tak pasti macam mana...
Berbalik pada cerita tadi...
Kejadian kira-kira 11 malamdi sebuan rumah di Bandar Baru Sentul...
Siapa orang Sentul angkat tangan...
Suami baru sahaja pulang dari kerja dan isteri meminta suami untuk keluar semula
untuk mencari buah kelur kerana tegas isteri yang dia tidak dapat tidur sekiranya
tidak makan buah kelur...
Suami yang tidak sempat berehat berang lalu pergaduhan pun tercetus...
Akibat tidak dapat mengawal perasaan suami memukul dan menumbuk isteri berkali-kali...
Aiyo!!!Dunia oh dunia...
Gambar Hiasan
Isteri dipercayai kerap kali meminta makanan yang pelik-pelik menyebabkan suami berang...
Pendapat aku ialah suami perlu bersabar dengan kerenah isteri yang mengandung...
Isteri pula jangan la terlalu mendasak suami untuk mendapatkan sesuatu yang sukar dicari...
Jangan jadi cerita batu belah batu bertangkup sudah la...