Jom Terjah!!!

Friday, November 18, 2011

7 Keajaiban Alam Sekitar Di Dunia

Hutan Hujan Amazon


Berkeluasan tujuh juta kilometer persegi meliputi sembilan buah negara dengan sebahagian besar hutan berada dalam negara Brazil.

Terusan Halong

Terletak di Vietnam, terusan ini mempunyai kepanjangan 120 kilometer. Ia turut meliputi bukit bukau dan gua selain menyimpan 200 spesies ikan.

Air Terjun Igauazu



Terletak di sempadan negeri Parana di Brazil dan wilayah Misiones di Argentina.

Pulau Jeju


Pulau gunung berapi ini terletak 130 kilometer dari laut Korea Selatan. Ia mempunyai kawasan permukaan seluas 1846 kilometer persegi manakala pusatnya ialah Hallasan, gunung tertinggi di Korea Selatan iaitu 1950 meter di atas paras laut.

Pulau Komodo


Terkenal dengan spesies biawak komodo, pulau ini terletak di Kepulauan Nusa Tenggara. Di pulau ini, biawak komodo hidup dan membiak dengan baik. Statistik tahun 2009 menunjukkan sebanyak 1300 ekor komodo di sini.

Sungai bawah tanah Puerto Princesa




Taman Negara Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa terletak kira-kira 50 kilometer dari utara kota Puerto Princesa Palawan Filipina. Sungai ini berukuran sepanjang 8.2 kilometer

Gunung Meja ( Table Mountain )


Gunung yang menjadi ikon Afrika Selatan ini merupakan gunung berpuncak rata berketinggian kira-kira 1086 meter dan bertahan daripada hakisan selama enam juta tahun serta mempunyai lebih 1470 spesies flora.