Seorang bos yang entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu...
Sesiapa sahaja ingin balik sebelum jam 5 dia akan benarkan...Tetapi alasan dia hanyalah satu sahaja...
Haaaa!!!Alasannya mestilah mengenai Solat sahaja...Nak dijadikan cerita datang lah 4 orang pekerja bawahan ini...
Mula-mula seorang kerani
Kerani : Bos boleh saya balik awal?Saya nak Solat di rumah.
Bos : Tidak boleh!!!Pejabat ini kan sudah ada surau.Solat berjemaah dapat pahala lebih.
Kemudian datang pula seorang supervisor,
Supervisor : Bos boleh saya balik awal?
Bos : Hang ni apa pasal???
Supervisor : Saya nak tengok anak saya Solat tak di rumah tu.Jangan-jangan dia ponteng bos.
Bos : Tak boleh!!!Hang telefon bini hang suruh dia yang tengokkan...
Pengurus Syarikat pula mencuba nasib,
Pengurus : Bos!!!hehehehe
Bos : Hang pun nak balik awal juga ke???
Pengurus : Erm...Aah bos...Bos kan baik...hehehehe
Bos : Apa alasannya???
Pengurus : Saya nak Solat jenazah...Orang kampung saya baru je meninggal dunia.
Bos : Tak boleh!!!Itu fardhu kifayah.Orang kampung boleh buat.Dah sambung kerja semula.
Tiba giliran Mat Peon,
Mat Peon : Bos sya nak balik awal boleh tak?
Bos : Kenapa?
Mat Peon : Isteri saya telefon dia cakap dia dah boleh Solat.
Bos : Ye ke...Kalau begitu awak balik lah...Kesian awak seminggu dah menunggu...
Mat Peon : Terima Kasih Bos!!!