Jom Terjah!!!

Wednesday, March 9, 2011

Beliau Hanya Memiliki 2 Buah Kenderaan

Percaya atau tidak bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir hanya mempunyai 2 buah kenderaan iaitu    
Produa Kancil dan Proton Saga.
Kenderaan lain semuanya didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan dan merupakan harta kerjaan.

Ya , saya juga pada mulanya tidak merpercayainya.
Hal ini disebabkan gaji sebulan bagi Perdana Menteri Malaysia ialah  RM 22,826.65.
Dengan jumlah gaji sebanyak itu beliau mampu memiliki kereta2 yang mewah.

Maklumat ini saya perolehi dari buku yang ditulis oleh Tun Dr. Mahathir yang mula dijual pada hari ini.
Buku tersebut bertajuk A DOCTOR IN THE HOUSE 'THE MEMOIRS OF TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD'
Buku tersebut mengandungi 62 bab dalam 843 muka surat.
Pelbagai pendedahan yang menarik terdapat dalam buku tersebut.
Saya pasti akan memiliki sebuah buku tersebut.