Pengunjung akan kurang berminat untuk menbaca post yang telah mereka baca sebelum ini pada blog blogger lain.Sehubungan itu, anda perlulah memastikan bahawa post yang anda ingin pamerkan pada blog anda adalah post yg masih belum basi atau pun sudah heboh diperkatakan.Contohnya pada hari ini ramai blogger yang membuat post mengenai Earth Hour.
Blog Anda Terlalu Banyak Widget
Kurangkan pengunaan widget dan lebihkan pada penulisan post yang berkualiti.
Lagu Yang Dimainkan Secara Automatik
Bayangkan anda sedang mendengar lagu yang dimainkan pada komputer anda dan tiba-tiba anda membuka blog yang memainkan lagu secara automatik, sudah tentu anda akan segera menutup blog tersebut.
Blog Anda Tidak Popular
Anda perlu bekerja keras sedikit untuk mempromosikan blog anda.Pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk mempromosikan blog anda.Gunakan Innit ataupun Apesal untuk mempromosikan blog anda.Bukan itu sahaja anda juga boleh menggunakkan kuasa laman sosial serperti Facebook dan Twitter.